Patriotisme Colombia Perang Colombia–Peru

Sehingga 17 September pada tahun yang sama, kejadian ini mula disedari oleh kerajaan Colombia, apabila Angkatan Tentera Peru menceroboh tebing-tebing sungai Putumayo mula menghentikan konvoi-konvoi kapal dagang daripada belayar ke Leticia. Peristiwa ini mencetus semangat patriotisme rakyat Colombia. Laureano Gómez, ketua minoriti Senat mengistiharkan, "Aman, aman, aman di wilayah Colombia; Perang, perang, perang di sempadan menentang musuh kita yang keji."

Pada 19 September, El Tiempo telah melaporkan bahawa mereka telah menerima lebih 10,000 surat untuk berperang dan menguasai Leticia. Pada hari yang sama, berpuluh ribu pelajar Colombia berarak melaluijalan-jalan di Bogotá melaungkan, "Sánchez Cerro akan mati dan Colombia akan melawan!" Vásquez Cobo telah diistiharkan sebagai jeneral dalam Tentera Laut Amazon Colombia dan 10 juta dolar telah diluluskan oleh Senat untuk membiayai kempen beliau. Lebih 400 kg emas telah didermakan oleh kota-kota Colombia sebagai sebuah simbol penghargaan kepada jurutera Huilan, César García Álvarez.

Fail:Tarapaca Memorial.jpgPeringatan Perang di Tarapacá, Colombia. Plak tertulis,"Kepada Para Wira dalam Tentera Udara Colombia; yang mana telah menunjukan keberanian mereka; menerbangkan pesawat mereka di atas sungai dan hutan. Meriuhkan Amazonia kita dengan bunyi motor-motor kedaulatan negara kita semasa perang dengan Peru."